Loading...
Saturday, February 22, 2014

Bipasha Sahkan Bercinta Dengan Bekas Kekasih Priyanka Chopra

SELEPAS sekian lama berahsia mengenai hubungan cinta, akhirnya aktres Bipasha Basu mengakui bahawa dia kini sedang menjalinkan hubungan dengan Harman Baweja.
Bipasha membuat pengakuan tersebut menerusi akaun twitter miliknya pada Rabu lalu.
"Ya, memang sudah jelas dilihat. Saya dengan Harman menjalinkan hubungan cinta. Akhirnya saya bertemu dengan seorang lelaki yang jauh lebih baik daripada saya sendiri. Saya sangat beruntung," katanya.

Sebelum ini, sudah lama khabar angin Bipasha menjalinkan hubungan dengan bekas kekasih Priyanka Chopra diperkatakan.
Malah terdapat juga gosip mengatakan mereka bakal berkahwin pada pertengahan tahun ini.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP