dapat tahu ada penerbit rancangan hiburan di dua buah stesen televisyen (TV) A dan B bergaduh gara-gara Ziana Zain.
Mereka bukannya bergaduh disebabkan cemburu dengan kejelitaan penyanyi bersuara lantang itu tapi berebutkan Ziana untuk menjadi penyanyi undangan pada program hiburan terbitan mereka.
Sehingga timbul cerita dalam kalangan pekerja stesen TV yang mengatakan Ziana berat sebelah.
Maklumlah Ziana dikatakan selalu sangat menolak undangan menyanyi di stesen TV itu. Macam-macam alasan yang diberikan untuk mengelak daripada menyanyi di situ.
Sedangkan kalau ada tawaran undangan menyanyi di stesen TV A, cepat saja Ziana beri kata persetujuan.
Keadaan itu menyebabkan penerbit rancangan hiburan di stesen TV B sentap! Maklumlah kebanyakan rancangan hiburan terbitan stesen TV itu kurang mendapat perhatian.
Kiranya rating program mereka memang tak akan dapat mengalahkan rating rancangan hiburan stesen TV A yang selalunya mencecah jutaan penonton.
Tapi sebenarnya rating TV yang tinggi tidak menggambarkan bayaran yang diterima artis undangan.
Sebab Miss J dapat tahu, bayaran persembahan untuk penyanyi gred A kita masih tak berubah di stesen TV mana-mana pun.
Paling kuat pun penyanyi itu menerima bayaran sagu hati atau token yang jumlahnya tak sampai RM5,000.
Lagipun Ziana berhak memilih untuk menyanyi di mana-mana dia nak. Itukan hak dia!

0 comments:
Post a Comment