Baru-baru ini, Black bercerita bahawa dia telah membawa Naquia Yasirah ke hospital untuk pemeriksaan doktor selepas isterinya itu sudah beberapa minggu tidak datang haid.
Namun doktor tersebut tidak dapat memberikan kata putus bahawa ianya disebabkan kehamilan.
"Doktor beritahu mungkin terlalu awal untuk mengesahkan perkara itu dan dia menyuruh isteri saya membuat pemeriksaan sekali lagi sebulan dari sekarang”.
“Kami memang sangat teruja untuk menunggu keputusan ini kerana kami sama-sama sukakan kanak-kanak.
Malah ketika mengerjakan Umrah pun kami berdoa agar dikurniakan cahaya mata segera,” ujar Black.
Apa-apa pun kami mendoakan Black dan Cira dikurniakan zuriat dalam masa terdekat.
0 comments:
Post a Comment