Bertemu di salun Hairkunst milik Bambang Soteto baru-baru ini, wanita dikenali sebagai Sherry Ibrahim ini sempat berkongsi mengenai perkembangan terbarunya.
Tanpa dipaksa, aktres cantik itu juga menyampaikan berita perpisahan dengan teman lelakinya yang berasal dari Mauritius beberapa bulan lalu. Difahamkan hubungan jarak jauh menjadi punca utama keretakan hubungan mereka.
“Itulah, Sherry tengah sedih ni kak,” katanya pendek memulakan bicara. Namun sebaris ayat itu cukup membayangkan jiwanya yang sedang melara.
Gara-gara pengakuan ikhlas pelakon dilahirkan dengan nama Syarizad Ibrahim ini memberikan idea kepada penulis untuk mengaturkan satu temu bual lain bersamanya bagi membicarakan topik ‘Cantik Tapi Tak Bahagia’.

Topik ini dirasakan sesuai untuk dikomentarkan wanita seperti Sherry kerana penulis berpendapat dia seorang yang cantik dan bisa mendapatkan mana-mana lelaki yang diinginkan. Namun, sebagai manusia Sherry juga tidak terlepas daripada lumrah kehidupan iaitu perasaan dikecewakan
0 comments:
Post a Comment