PELAKON Channing Tatum tidak kisah apabila gelaran 'Sexiest Man Alive' yang disandangnya kini dirampas oleh vokalis kumpulan Maaron 5, Adam Lavine.
Daily Mail melaporkan, isterinya Tatum, Jenna Dewan Tatum setiap hari memujinya sebagai lelaki seksi dan itu sudah cukup menggembirakan hatinya.
"Saya tiada masalah gelaran itu bukan lagi milik saya kerana isteri saya masih menganggap saya lelaki paling seksi," katanya.
Dalam pada itu, Tatum berkata, kehidupannya kini sangat bahagia disamping isteri dan anak perempuan mereka, Everly.
"Saya kini bertambah gemuk kerana isteri rajin memasak dan ia tanda saya sedang bahagia," katanya.
0 comments:
Post a Comment