Meskipun drama tersebut sudah pun berakhir, namun jadual anak jati kelahiran Pulau Mutiara, ini padat dengan pelbagai tawaran lakonan.
Terbaharu, Fathia mencuba nasib menerusi pementasan teater Bidasari, di Panggung Sari, Istana Budaya, bermula 10 hingga 17 Februari ini.
Membawa watak sebagai Bidasari di samping kekasihnya, Aiman, pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini berkata, dia sanggup bekerja keras bagi memastikan pementasan itu menjadi.
“Lepas tamat penggambaran drama Ariana Ros di London, saya terus membuat latihan untuk teater ini. Apa yang mencabarnya, saya hanya ada ebih kurang sepuluh hari untuk berlatih.
“Sebenarnya saya jenis yang suka membuat sesuatu yang belum pernah buat terutamanya dalam karier lakonan. Jadi peminat tidak akan jemu dengan lakonan saya.
“Walaupun bukan mudah, tapi saya tetap mahu lakukannya dan tidak mahu lepaskan peluang ini,” katanya yang pernah dilaporkan pengsan ketika menjalani latihan teater tersebut.
Walaupun bukan kali pertama digandingkan dengan buah hatinya, Fathia akui gugup untuk berlakon dengan Aiman.
“Saya sendiri pun tidak tahu kenapa rasa gugup ini ada. Mungkin komitmen yang Aiman beri dalam lakonannya itu buat saya rasa gugup.
“Tapi masih ada beberapa hari lagi untuk saya buang perasaan itu untuk buat yang terbaik dalam lakonan ini,” katanya yang akan bercuti sebulan selepas tamat pementasan itu.
0 comments:
Post a Comment