Loading...
Wednesday, February 19, 2014

FEAR FACTOR Antara takut atau tercabar

SERAMAI 32 individu diikumpul untuk menghadapi dan mengharungi ketakutan menerusi program Fear Factor Malaysia. Mereka kemudian dibahagikan kepada 16 pasangan dengan masing-masing terdiri daripada seorang selebriti dan seorang peminat.
Kesemua pasangan tersebut kemudian dibahagikan kepada dua kumpulan, A dan B. Ia diadakan di Capetown, Afrika Selatan selama tiga minggu.
Kumpulan A menampilkan pasangan Ungku Ismail & Fify, Syed Ali & Tatt, Norman Hakim & Zarina, Nas T & Kairul, Ryzal Jaafar & Sam, Sari Yanti & Anbia, Dira & Azura serta Erin Malek & Redha.
Kumpulan B pula terdiri daripada pasangan Izzue Islam & Emri, Shuib Sepahtu & Zakaria, Zain Saidin & Akmal, Bambang Soteto & Faisal, Shah Iskandar & Kartini, Yana Samsudin & Janice, Azura Zainal & Rechel dan tidak ketinggalan, Thanuja & Joy.
Pasangan juara Fear Factor Malaysia bakal memenangi wang tunai sebanyak RM200,000, manakala pemenang cabaran mingguan akan membawa pulang RM10,000.
Sebanyak 26 episod akan ditayangkan berselang-seli menerusi dua rangkaian program iaitu Fear Factor Malaysia dan Akses Fear Factor Malaysia secara eksklusif pada setiap hari Sabtu dan Ahad.
Program ini telah mula bersiaran pada setiap hari Sabtu pukul 9 malam selama satu jam mulai 15 Februari lalu.
Sebagai manusia biasa, kesemua peserta Fear Factor Malaysia tidak dinafikan sekurang-kurangnya mempunyai satu ketakutan atau fobia dalam diri, sama ada timbul secara semula jadi mahupun selepas berdepan sesuatu situasi.
Ikuti cerita tentang fobia dan pengalaman empat selebriti yang terbabit dalam program tersebut - Nas T, Erin Malek, Bambang Soteto dan Thanuja.
Nas T fobia kambing
Bagi salah seorang peserta kumpulan A, Nas T atau nama sebenarnya Nas Muammar Zar Nasrudin, 30, ketakutan terhadap tempat tinggi atau dikenali sebagai Acrophobia telah berjaya diatasi sepanjang melakukan cabaran Fear Factor Malaysia.
Berbeza pula baginya kerana kini dia berdepan dengan fobia terhadap bau dan haiwan daripada spesies kambing atau lebih dikenali dengan Ovinaphobia.
"Saya ada ketakutan saya sendiri iaitu takut dengan ketinggian tapi sepanjang latihan menjelang Fear Factor Malaysia saya sering melakukan cabaran rock climbing, sedikit sebanyak perasaan itu telah berjaya saya atasi.
"Tapi yang peliknya, program TV ini mencabar kita melakukan perkara yang tidak terduga untuk kita buat. Cabaran makanan paling saya tidak boleh terima. Memang menjijikkan!
"Kalau dahulu saya boleh makan kambing tapi sekarang selepas habis rakaman rancangan ini saya langsung tidak boleh terhidu bau kambing.
"Bukan itu sahaja, saya tidak boleh makan atau tengok daging kambing depan mata, terus akan teringat balik cabaran ketika terbabit dengan program ini," katanya yang ditemui pada majlis sidang akhbar Fear

PENYERTAAN barisan selebriti ini dalam Fear Factor Malaysia telah mengajar mereka bagaimana cara untuk mengendalikan perasaan fobia dan ketakutan yang dialami masing-masing.



Factor Malaysia di Talent Lounge, Menara Mustapha Kamal, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Selain itu, kata Nas T lagi, cabaran utama sepanjang penggambaran program tersebut, sudah tentu daripada segi keadaan cuaca yang tidak menentu di Cape Town, Afrika Selatan yang adakalanya terlalu sejuk.
"Saya sudah bulatkan fikiran tidak mahu bertanding dengan sesiapa sebaliknya diri sendiri kalau tidak kita akan ketinggalan. Kelemahan saya adalah diri saya sendiri.
"Jujur saya katakan, Fear Factor Malaysia sangat mencabar minda dan stamina," tambahnya yang berpasangan dengan pegawai Telekom dari Ipoh, Perak, Kairul Nizam Abdul Malek, 36.
Erin takut ular
Pelakon Erin Malek dalam pada itu, mengakui dia bagaimanapun tidak berdepan sebarang masalah untuk melakukan aktiviti ekstrem sepanjang menyertai Fear Factor Malaysia.
"Banyak sangat pengalaman menarik sepanjang rancangan ini, saya suka aktiviti ekstrem dan pantang dicabar untuk melakukan sesuatu. Apabila dicabar, kita akan tahu sejauh mana keupayaan kita.
"Saya tidak takut dengan air, ketinggian atau lain-lain tetapi lebih kepada haiwan bersisik terutama ular. Mungkin kerana kulitnya yang menggelikan.
"Malah, kalau melawat zoo pun saya tidak akan sesekali tengok ke kawasan yang ada ular," ujarnya mengenai fobia yang dinamakan Ophidiophobia itu.
Menurut Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek, 19, pengalaman yang paling sukar dilupakan dalam rancangan itu adalah ketika dia hampir lemas dan diselamatkan dalam satu cabaran ketika nyawa-nyawa ikan.
"Ramai yang lihat fizikal saya gadis yang lemah-lembut tapi saya ada sifat kejantanan dalam diri sedikit sebanyak. Saya gemarkan aktiviti lasak tetapi apabila takut, saya akan menangis.
"Saya tahu saya kuat dan sebab itu saya sahut cabaran sertai rancangan ini, saya buat kerana saya mahu menang dan boleh buat lebih bagus daripada orang lain," katanya yang berpasangan dengan pegawai perkhidmatan pelanggan yang berasal dari Kuantan, Pahang, Mohd. Redha Rozlan, 25.
Popularkan Bambang
Bambang Soteto mungkin selama ini dikenali sebagai pendandan rambut selebriti namun, rancangan yang telah disertainya kali ini telah mengubah landskap popularitinya.
Kata Bambang atau nama sebenarnya Bambang Sutrisno Soteto, 32, setelah menyertai Fear Factor Malaysia, dia kini mengumpul jumlah pengikut mendadak dalam akaun Instagram dan menjana peningkatan bisnes salon rambutnya.
"Saya bukan mahu buktikan kepada sesiapa tetapi saya lebih kepada mencabar keupayaan diri saya sendiri. Ini memandangkan usia sudah makin bertambah saya mahu melihat sejauh mana kemampuan saya.
"Saya juga antara orang bukan selebriti dalam kalangan selebriti yang menyertai Fear Factor Malaysia. Dalam rancangan ini, saya banyak bermain emosi dan kebanyakan cabaran yang saya lakukan telah menukarkan perasaan trauma menjadi berani.
"Rancangan ini telah menonjolkan personaliti saya. Saya menerima tawaran ini bukan untuk popular tapi tidak dinafikan, saya dapat rasa tempias populariti itu.
"Daripada pengikut 7,000 di Instagram kini menjadi 20,000 dan bisnes pun bertambah maju sampai tak menang tangan. Itu perkembangan positif!" katanya.

EMPAT selebriti (dari kiri), Thanuja, Bambang, Nas T dan Erin berkongsi pengalaman berharga sepanjang terbabit dengan program Fear Factor Malaysia.


Selain itu, Bambang berdepan fobia terhadap ayam dan organ dalaman haiwan itu yang dikenali Alektorophobia. Rancangan ini bagaimanapun sekali lagi berjaya mengatasi perasaan itu.
"Sebelum ini saya fobia makan ayam, sejak usia lapan tahun lagi saya tidak makan organ dalaman haiwan spesies burung seperti ayam tapi kali ini, saya diwajibkan makan untuk menyempurnakan satu cabaran.
"Alhamdulillah berjaya! Tapi dalam satu cabaran makanan juga secara tidak langsung telah mencederakan rahang kiri saya. Sampai sekarang, saya susah nak makan," katanya yang berpasangan dengan juruteknik dari Selangor, Mohd. Faizal Mohd. Yusoff, 27.
Thanuja takut sejuk
Seorang lagi peserta dari kumpulan B, Thanuja Ananthan, 28, mengakui Fear Factor Malaysia telah mengubah dia menjadi lebih berani dan mengatasi dua ketakutan utamanya iaitu kesejukan (Cryophobia) dan kedalaman air (Aquaphobia).
"Saya takut sejuk dan air yang dalam. Ketika melakukan cabaran pertama, saya terfikir semula, kenapakah perlu saya terima tawaran ini?
"Tapi selepas itu saya kuatkan diri dan melakukan semua cabaran sampai hampir mati lemas. Saya bangga dengan diri sendiri kerana saya sudah berjaya atasi ketakutan saya tapi paling penting rancangan ini telah membina sebuah keluarga baharu buat saya," katanya.
Thanuja, 28, yang berpasangan dengan pegawai bank dari Johor Bahru, Johor, Noor Saliza Zaini, 32, membuktikan komunikasi antara pasukan penting untuk mengatasi setiap cabaran.
Sering dilihat di pentas peragaan, di bawah simbahan lampu denyar dan disolek cantik, itu tidak mendefinisikan bekas Ratu Cantik Malaysia 2009 itu secara total.
"Saya suka peragaan tapi sejujurnya saya suka cabar diri dan melihat sejauh mana kemampuan saya.
"Saya aktivis haiwan dan menyelamatkan haiwan terbiar merupakan salah satu daripada tanggungjawab saya.

"Bukan untuk membuktikan apa-apa tapi saya tegaskan saya bukan antara pasukan terawal yang tersingkir.
"Saya menyertai Fear Factor Malaysia kerana saya suka dan memang mahu masuk program Fear Factor sejak dari kecil," tambahnya.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP