NAMA Mohd Al Azwan Kombos atau lebih dikenali sebagai Azwan Kombos, 29, barangkali sedikit asing dalam industri seni.
Biarpun pernah terpalit dengan kontroversi bersama dengan kekasihnya, Nad Zainal, namun dia tidak melatah dengan situasi itu.
Menceritakan perihal yang berlaku, Azwan sedar dirinya masih lagi mencari tapak yang kukuh untuk bertahan lebih lama dalam industri hiburan.
“Saya sedar tahap pencapaian saya hari ini tidak seperti Nad yang sangat dikenali dalam industri.
“Dia (Nad) sudah lama berlakon sedangkan saya masih baharu setahun jagung,” katanya.
Di tebak persoalan menumpang populariti Nad Zainal, Azwan menafikan sekeras-kerasnya mengenai tuduhan tersebut.
Tegas Azwan, dia bercinta dengan Nad bukan semata-mata kerana popular atau wang aktres itu.
“Mungkin saya terkena tempias Nad tapi tidak sama sekali saya akan mempergunakan nama dia untuk naik dalam bidang hiburan.
“Saya ada prinsip tersendiri untuk di kenali dalam bidang ini. Sebab itulah saya sanggup berusaha bersungguh-sungguh dan bekerja keras untuk berjaya,” tegasnya yang ingin bina kerjayanya tanpa
bergantung dengan mana-mana individu.
Bersaing secara sihat
Ditanya mengenai persaingan apabila berlaku lambakan muka baru dalam industri seni, Azwan berkata dia terserah soal rezeki pada ALLAH SWT.
“Masih ramai lagi yang tidak mengenali saya di luar sana. Saya sedar dengan perkara ini dan cuba untuk menyerlah dengan memperbaiki mutu lakonan.
“Tetapi semuanya bergantung kepada rezeki masing-masing.
“Saya mahu dikenali dalam bidang ini kerana bakat saya dan bukannya menerusi kontroversi murahan,” katanya yang kini membintangi drama berjudul Jika Itu Takdirku yang mula ditayangkan di TV3 bermula 17 Februari lalu.
Ujar anak kelahiran Sabah itu, salah satu cara untuk dikenali dengan melibatkan diri dengan drama-drama komersial.
Tambahan, dia mahu dikenali secara perlahan-lahan bukan menerusi gosip liar dan sebagainya.
“Jika kita naik dengan cara negatif ia mungkin popular sekejap tapi ramai yang akan memandang negatif terhadap kita.
“Biarlah nama dikenali dengan lambat asalkan kita dapat bertahan lama dalam industri,” katanya.
Mangsa cemburu
Bercerita mengenai perkembangan terkininya, Azwan berkata dia bakal muncul dengan filem Nasi Kangkang sebagai teraju utama terbitan MIG.
“Watak saya sebagai seorang suami yang sangat menyayangi isterinya.
“Namun dalam masa yang sama, saya berkawan baik dengan seorang perempuan.

“Hubungan ini menimbulkan rasa cemburu isteri saya sehingga sanggup melakukan perbuatan terkutuk iaitu nasi kangkang,” katanya.
Dalam filem tersebut, dia bergandingan dengan pelakon baharu, Adibah Yunus dan Shima Anuar.

0 comments:
Post a Comment