Loading...
Saturday, February 8, 2014

Nora Danish dan kekasih, Nedim Nazri jadi kawin?

Tahniah! Nora Danish dan Nedim Kahwin Hujung Tahun Ini - Bukan pertama kali para peminat mendengar kisah yang pasangan ini mahu berkahwin. Namun, khabar angin sebelum ini berjaya dipatahkan sendiri oleh kedua dua mereka yang ada mengatakan berkahwin tiada dalam perancangan terdekat mereka.

Harian Metro menerusi ruangan Soseh Soseh mereka hari ini tampil dengan satu lagi perkhabaran yang mengatakan Nora Danish dan kekasih, Nedim Nazri kini dalam perancangan untuk mendirikan rumahtangga sekitar hujung tahun ini.

“Dalam diam mereka sebenarnya sudah pun membeli barang-barang hantaran sedikit demi sedikit. Bukan itu saja, beberapa nama pereka fesyen terkenal juga sudah berada dalam senarai yang akan mereka busana perkahwinan mereka,” khabarnya.

Kalau benar apa yang disampaikan, pastinya ini adalah berita yang memang ditunggu ramai lebih lebih lagi peminat setia pasangan ini. Kemungkinan besar bergelar Wedding of the Year ‘kan?
__________________

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP