Loading...
Thursday, February 20, 2014

Pattinson bosan dunia glamor?

FILEM Twilight ternyata telah memberi impak besar terhadap karier seni Robert Pattinson. Semenjak menjayakan watak Edward Cullen dalam filem tersebut, dia mula menjadi perhatian ramai.

Bagaimanapun bagi Pattinson sendiri, dia sudah mula merasa bosan dengan limpahan populariti yang diterimanya.

Baginya populariti dirinya akan berakhir suatu hari nanti, seperti mana berakhirnya hubungan cinta antara Pattinson dan Kristen Stewart.

"Pattinson mengakui ingin meninggalkan seketika kariernya dan belajar di sekolah lakonan dan cara bekerja di sebalik tabir.

"Dia tidak mahu lagi menjadi orang terkenal, biarpun dia menyukai kerjayanya kini," ujar sumber terdekat aktor itu.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP