SELAMA ini, Tom Cruise dan Jamie Foxx dikenali sebagai sahabat baik. namun, gara-gara Katie Holmes, kedua-dua mereka mula bermasam muka.
Menurut laporan Showbizspy, Tom tidak senang apabila mendapat tahu bekas isterinya itu sedang menjalinkan hubungan dengan Jamie dan kerana itu dia berasa dikhianati oleh sahabatnya sendiri.
"Memandangkan Tom menganggap Jamie adalah sahabat karibnya, dia berasa dikhianati apabila muncul khabar angin mengatakan Katie dan Jamie saling berjumpa. Sudah tentu dia marah," kata sumber.
Baru-baru ini, Katie dan Jamie dikatakan kerap bertemu dalam diam namun Jamie menyangkal gosip tersebut.
Persahabatan Tom dan Jamie mula terjalin sejak kedua-dua mereka membintangi filem Collateral pada tahun 2004.
0 comments:
Post a Comment