Tahun lalu, namanya sama-sama dicalonkan dalam kategori Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012. Biarpun tidak memenangi kategori terbabit, namun kemunculannya di arena seni jelas meninggalkan kesan. Buktinya, semakin banyak tawaran berlakon yang diterimanya, begitu juga undangan menjayakan iklan.
Pada masa sama, Emma yang akan genap berusia 22 tahun pada 27 Mac depan tidak habis-habis dilanda gosip. Sejak hubungan intimnya bersama Zizan Razak digembar-gemburkan, semakin kerap jugalah cerita panas mengenainya bertebaran.
Terbaharu, bintang muda ini dikatakan disingkirkan pula daripada syarikat pengurusannya, Wire Fame Entertainment, berikutan gosip bercumbu dengan pelawak terkenal berkenaan sewaktu mereka berada dalam pesawat menuju ke Amerika Syarikat.
Kononnya, pihak pengurusan gadis yang dilahirkan dengan nama Fatimah Rohani Ismail ini tidak tahan dengan sikapnya yang sering menimbulkan masalah kepada syarikat, dan kisah bercumbu itu pula menjadi kemuncak kepada kesabaran syarikatnya.
Tuduhan mengarut
Saat dihubungi kelmarin, Emma yang berada di Melaka kerana menjalani penggambaran drama, Syurga Tanpa Cinta, terkejut dengan khabar angin berkenaan. Walhal, beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan pengurus artis yang juga rakan kongsi Wire Fame, Marina Juki.
0 comments:
Post a Comment