Loading...
Monday, February 3, 2014

Philip Seymour Hoffman ditemui mati di dalam apartmennya

Pelakon pemenang anugerah Oscar, Philip Seymour Hoffman ditemui mati di dalam apartmennya di sini kelmarin, lapor saluran berita NBC News.
Dua sumber pihak berkuasa memberitahu NBC bahawa kematian Hoffman dipercayai berpunca daripada pengambilan dadah berlebihan.
Mayat aktor tersebut yang berpakaian ditemui oleh seorang rakannya di dalam bilik air kediamannya.
"Kami amat bersedih dengan kematian Hoffman dan menghargai kasih sayang dan sokongan yang diberikan kepada kami," kata keluarga pelakon tersebut dalam satu kenyataan kepada saluran televisyen CNBC.
Dalam pada itu, pejabat koroner belum mengesahkan punca sebenar kematian aktor berkenaan, manakala polis masih menyiasat kes tersebut.
Hoffman mempunyai tiga orang anak bersama seorang teman wanitanya, Mimi O'Donnell.
Dia memenangi anugerah Oscar sebagai Aktor Terbaik pada 2005 untuk filem biografi, Capote.

Pelakon tersebut pernah menerima tiga pencalonan anugerah Oscar bagi kategori Pelakon Pembantu Terbaik untuk filem Charlie Wilson's War (2008), Doubt (2009) dan terbaharu, The Master pada tahun lalu.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP