Loading...
Tuesday, February 18, 2014

Erra Fazira setuju anak tunggal dijaga bekas suami

Pelakon Erra Fazira, 40, memberitahu bahawa dia bersetuju untuk melepaskan hak penjagaan anak tunggalnya kepada bekas suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 39, kerana percaya itu adalah jalan yang terbaik.
Namun demikian, dia mengakui agak sensitif apabila diajukan soalan mengenai anak tunggalnya, Engku Aleesya yang kini berusia 5 tahun.
"Janganlah tanya soalan ini, masih sensitif. Tapi apa yang berlaku adalah yang terbaik untuk dia," katanya sewaktu ditemui di studio rakaman program Primadona di sini hari ini.
Erra dan Engku Emran sah bercerai apabila Engku Emran melafazkan cerai talak satu terhadap Erra di hadapan Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain kira-kira 12.50 tengah hari ini.
Semalam, pelakon filem Sembilu itu telah memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 dan Seksyen 82 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP