Loading...
Tuesday, February 18, 2014

Beyonce curang ?

JURUGAMBAR Perancis membongkar rahsia penting. Presiden Barack Obama dan penyanyi terkenal Beyonce kononnya ketika ini menjalinkan hubungan sulit.
Malah kisah sebenar mengenai hubungan itu juga akan dikeluarkan oleh media Washington Post tidak lama lagi.
Jurugambar tersebut baru-baru ini juga pernah mencetuskan kontroversi tersendiri apabila dengan berani mendedahkan hubungan sulit seorang ahli politik terkenal di Perancis.
Memang terbukti hubungan baik di antara Beyonce dan Obama sebelum ini melayakkan penyanyi itu rapat dengan orang paling penting di Amerika.
Bagaimanapun sumber memberitahu Obama sebelum ini hanya merupakan peminat kepada Beyonce dan suaminya Jay -Z. Malah pasangan popular itu pernah membantu Obama dalam kempen pilihan raya sebelum ini, jadi sudah tentunya hubungan mereka sangat baik.
Washington Post dalam kenyataannya sebelum ini menafikan bahawa mereka mempunyai kisah sebenar hubungan sulit yang mengaitkan Obama dengan Beyonce.
Menurut pengarah komunikasi Washington Post mereka tidak tahu sama ada kisah itu benar atau tidak, bagaimanapun mereka tidak akan mengeluarkan kisah hubungan sulit itu dalam media mereka.

“Kami tidak boleh menyatakan sama ada kisah ini benar atau tidak kerana bukan pihak kami yang menghasilkan kisah ini," katanya.
Menurut jurugambar itu, hubungan tidak menentu Obama dan isterinya Michelle sedikit sebanyak menjelaskan hubungan yang terjalin.
Walaupun semakin banyak petunjuk yang menjelaskan hubungan tidak masuk akal ini, ramai yang mula mempertikaikan kesahihan berita yang mengejutkan ini memandangkan Beyonce dan suaminya Jay-Z mempunyai hubungan yang sangat rapat dan adalah amat mustahil untuk kedua mereka berpisah

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP