DUA pelakon muda, Anzalna Nasir dan Izzue Islam dikatakan kini sedang bermasam muka kerana timbul salah faham berhubung babak lakonan mereka yang terlalu romantik dalam drama Aku Bukan Mistress yang sedang menjalani penggambaran.
Anzalna didakwa terlebih mesra pada adegan yang melibatkan dirinya perlu bersentuhan dengan Izzue.
Situasi itu mengundang rasa tidak selesa Izzue dan isterinya, Awin Nurin sehingga menegur tindakan Anzalna yang didakwa terlebih menjiwai watak.
Menurut laporan daripada sebuah portal hiburan Rabu lalu, selepas kejadian terbabit, Anzalna tidak bertegur sapa dengan anggota kumpulan Forteen itu.
Ikuti temu bual Kosmo! bersama Anzalna menjelaskan situasi sebenar.
Kosmo!: Khabarnya Anzalna kini bermasam muka dengan Izzue Islam kerana didakwa terlebih menjiwai babak romantik hingga mengundang salah faham isterinya. Apakah komen anda?
ANZALNA: Tidak ada adegan romantik hingga membabitkan kami bercumbu atau berpelukan, malah untuk saya memegang tangannya pun saya takut. Babak itu ada dalam skrip dan saya mengikut arahan pengarah untuk menjayakan watak saya sebagai perempuan simpanan.
Apabila timbul dakwaan sedemikian, mungkin ramai yang beranggapan Anzalna cuba menggoda suami orang. Benarkah?
Romantik yang digembar-gemburkan tidak seperti yang disangka. Untuk buat berlebih-lebih saya pun tahu saya orang Melayu, perlu jaga adab dan batasan. Saya tidak senang jatuh hati dengan orang terutama pasangan saya dalam lakonan dan tak mungkin perkara itu akan terjadi. Ingin saya tegaskan saya bukan perempuan kaki penggoda.
Bagaimanakah agaknya cerita ini boleh tersebar? Adakah ia sebahagian daripada gimik untuk mempromosikan drama itu?
Saya pun tidak tahu bagaimana cerita ini boleh sampai ke pengetahuan umum dan saya tidak tahu pula ia adalah sebahagian daripada promosi untuk drama itu.
Benarkah Anzalna dan Izzue kini sedang bermasam muka?
Banyak lagi babak yang membabitkan kami berdua belum diselesaikan. Bagi saya, urusan kerja perlu profesional.
Jadi, bagaimanakah hubungan sebenar antara Anzalna dan Izzue sekarang?
Saya enggan komen kerana tidak mahu memanjangkan isu ini. Tapi saya hormat mereka sebagai pasangan suami dan isteri seperti mana saya menghormati pasangan Aaron dan Adi Putra yang saya pernah berlakon bersama sebelum ini.
Adakah mungkin perkara ini membabitkan pihak lain contohnya pengarah atau penerbit drama ini?
Masing-masing bertindak profesional dan cuba selesaikan sendiri tanpa perlu memanjangkan hal ini. Saya hanya boleh komen daripada pihak saya saja.
Mungkin Anzalna boleh kongsikan sedikit sebanyak perjalanan drama Aku Bukan Mistress?
Drama ini diarahkan oleh Fairuz Loy dan diterbitkan oleh Global Station Sdn. Bhd.. Saya memegang watak Mya Arlisa, seorang perempuan kepada lelaki bernama Mikail yang hubungan mereka sebenarnya pasangan suami isteri yang sah
0 comments:
Post a Comment