Loading...
Wednesday, February 5, 2014

Jennifer Aniston tak biasa rambut pendek

Bintang siri Friends, Jennifer Aniston nampaknya telah mengucapkan selamat tinggal kepada imej berambut pendek yang digayakan sebelum ini.
Baru-baru ini, Aniston yang hadir di sebuah majlis hari jadi kelihatan kembali menggayakan imej rambut panjangnya yang beralun dan pastinya, rambut tersebut menggunakan teknik ‘extension’.
Ini kerana, pada Oktober tahun lalu, pelakon berusia 44 tahun itu telah memotong rambutnya, kira-kira dua inci di atas bahunya dan agak mustahil untuk mendapat semula rambutnya yang panjang beralun itu dalam tempoh yang singkat.
Bagaimanapun, penampilan terbaharu Aniston itu mendapat perhatian ramai dan tidak kurang juga ramai yang menyukainya apatah lagi dia kelihatan begitu menarik dalam persalinan serba hitam dengan gaya yang sangat kasual.
Oktober lalu, selepas Aniston memotong rambutnya pendek, rakannya pernah menegur mengenai rambutnya yang begitu singkat hingga ke paras rahang dengan gaya yang lebih pendek di bahagian belakang.
Bagaimanapun, Aniston mempertahankan perubahan drastik yang dilakukannya dengan bantuan pendandan rambut Chris McMillan itu.
“Ketika itu saya bersedia untuk sebarang perubahan. Saya bersedia untuk sesuatu yang baharu supaya saya mudah menguruskannya," tegasnya terhadap keputusan yang diambil.
Menurutnya, gaya rambut pendek itu bukanlah untuk menjayakan watak dalam mana-mana filem tetapi disebabkan rambutnya telah melalui pelbagai fasa.

“Sebab itu saya memotongnya tetapi akhirnya saya dapat rasakan ia tidak sesuai dengan saya," jawabnya.

\

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP