Loading...
Wednesday, February 5, 2014

Misha Omar tak nak hantaran mahal

Tidak mahu bara–ngan berjenama terkenal menjadi hantaran perkahwinannya, penyanyi dan pelakon Misha Omar juga sepakat dengan ahli keluarga untuk memilih barangan sebagai mas kahwin. Jika kebiasaan pengantin memilih untuk meletakkan beg tangan, kasut, jam dan pelbagai barangan berjenama terkenal dan mewah, Misha mempunyai alasan tersendiri mengenai perkara itu. Bagi Misha atau nama sebenarnya Samihah@Aisah Omar, 32,

berkata semua itu tidak penting kerana dia sendiri mampu membeli–nya apa yang penting adalah keperluan mereka selepas berkahwin kelak. “Saya bukanlah seorang yang gilakan barangan berjenama, pada saya cukuplah biasa-biasa saja. Mungkin sesetengah orang beranggapan kalau sudah bergelar artis, jenama sangat penting namun tidak pada saya.

 Foto MISHA bersama Firros pada sidang media majlis pengumuman nikah mereka. “Sejak dulu sebelum bergelar artis, saya lebih suka bersederhana dan memakai apa saja yang dirasakan selesa tidak kira jenama atau tidak. Mengenai hadiah mas kahwin pula, saya dan keluarga juga sepakat mahu pihak lelaki memberikannya dalam bentuk barangan seperti rantai, cincin atau gelang. “Bagi saya jika diberi dalam bentuk wang tunai ia tidak akan bertahan lama, sebaliknya barangan yang diberikan boleh disimpan menjadi kenang-kena­ngan saya seumur hidup di mana ia hadiah istimewa daripada suami,” katanya.

 Penyanyi yang terkenal dengan lagu Bunga-Bunga Cinta itu berkata demikian ketika ditemui pada sesi sidang media me–ngumumkan tarikh pernikahannya yang akan berlangsung pada Mei depan. Namun akan mengumumkan tarikh sebenar apabila kad mula diedarkan yang pasti ia akan dilakukan pada bulan Rejab. Pada majlis itu, Misha turut memperkenalkan tunangnya seorang juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS),

 Firros Ezzwan Rosly, 31. “Insya Allah jika tiada halangan, mengikut perancangan semuanya akan dilakukan dalam masa sehari iaitu majlis pernikahan dan persandingan yang dijangka berlangsung di Hotel Renaissance Kota Bharu, Kelantan. “Semua yang saya lakukan ini kerana permintaan ibu, Zainab Mat Nor, 65, dan kerana dia jugalah segala-galanya bergerak. Jika diikutkan hati, saya belum kuat untuk melakukan semua ini. Selepas pemergian ayah, Omar Ismail, pada 30 November tahun lalu, saya langsung tidak memikirkan soal perkahwinan ini.

 “Disebabkan sudah dua kali tertangguh, saya perlu meneruskannya juga dan syukur tunang memahami situasi saya,” katanya. Terdahulu, Misha yang mengikat tali pertunangan dengan Firros pada 21 Januari 2012 pernah merancang untuk berkahwin pada 16 September tahun yang sama. Bagaimanapun, pasa–ngan yang mula berkenalan sejak 2007 itu terpaksa menangguhkan perancangan berkenaan disebabkan kesibukan kerja masing-masing.


 Kemudian, menerusi laporan Harian Metro 27 Jun tahun lalu, Misha mengumumkan untuk bernikah dengan Firros pada 21 Feb–ruari ini dan sekali lagi ia tertangguh berikutan pemergian bapanya. Menyentuh mengenai tema pada hari perkahwinannya nanti, Misha belum memikirkan soal itu malah tidak mengharapkan majlis yang meriah kerana masih terasa kehilangan bapa tercinta.

Padanya cukuplah sekadar bersederhana saja. “Majlis nanti secara sederhana saja. Memang ibu pesan hendak buat dalam skala kecil bagi meraikan mereka yang terdekat. Tidak perlulah buat majlis beriya-iya. Ibu memang tidak mahu majlis seperti pesta,” katanya

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP