Loading...
Wednesday, February 19, 2014

Park Shin Hye tak sangka popular

PELAKON baharu, Park Shin Hye, 24, tidak menyangka lakonannya dalam drama The Heirs mendapat sambutan yang memberangsangkan sekali gus melonjak namanya sehingga ke luar negara.
Ketika menjadi tetamu dalam program televisyen Night TV Entertainment, pengacara program tersebut memberi ucapan tahniah kepada Shin Hye kerana akaun Weibonya telah diikuti lebih lima juta pengikut.
Berdasarkan portal hiburan antarabangsa, allkpop.com, pengikut Shin Hye mencecah angka lima juta sekali gus mengalahkan ikon selebriti China, Fan Bingbing yang mempunyai pengikut sebanyak empat juta.
"Ia merupakan satu penghormatan ketika menghadiri penggambaran bersama Kim Woo Bin, saya sangat terkejut apabila ramai orang datang untuk bertemu dengan kami di bandar," ujarnya.
Bagaimanapun, dia yang muncul sebagai watak Cha Eun Sang menafikan, peranannya membuatkan drama tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan.

Menurutnya lagi, drama tersebut mendapat sambutan disebabkan pelakon lelakinya yang mempunyai ramai pengikut.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP