Penerbit filem kontroversi Raja Azmi berasa lega apabila lelaki yang pernah menyalahgunakan namanya iaitu Adam Davin atau Davinder Singh telah ditangkap polis pada petang Isnin.
Raja Azmi Raja Sulaiman, 55, berkata, penangkapan tersebut bukan sahaja menjadi pengajaran atas kesalahan yang dilakukannya, malah memberi kesedaran kepada orang ramai agar lebih berhati-hati ketika berurusan dengan lelaki tersebut.
"Alhamdulillah, saya rasa sangat lega akhirnya lelaki ini ditangkap kerana penipuan yang dilakukannya bukan sahaja pada saya, malah kepada ramai orang lain juga.
"Ia akan menjadi pengajaran kepada orang ramai juga agar mereka tidak mudah diperdaya dengan janji manis dan kata-kata individu yang baru dikenali," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.
0 comments:
Post a Comment