Loading...
Tuesday, February 4, 2014

Tori Spelling pokai, kalau bercerai

PEMEGANG watak Donna Martin dalam drama Beverly Hills 90210, Tori Spelling memberitahu rakan-rakan terdekat, dia akan menjadi pokai jika bercerai dengan suaminya, Dean McDermott. Suami yang dikahwini sejak tujuh tahun lalu itu, baharu sahaja ditempatkan di pusat pemulihan di Los Angeles selepas McDermott didakwa menjalin hubungan sulit dengan Emily Goodhand. 

Wanita itu turut mengaku melakukan hubungan seks dengan suami Spelling di sebuah hotel di Toronto, Kanada. Goodhand memberitahu Radar Online yang McDermott membuat pengakuan bahawa dia kurang melakukan hubungan seks dengan isterinya yang berusia 40 tahun dan juga ibu kepada Liam 6, Stella, 5, Hattie, 2, dan Finn, 16 bulan. Manakala rakan Spelling pula memberitahu Radar Online yang wanita itu sanggup bercerai dengan suami yang curang jika dia mampu. “Dia sanggup bercerai dengan Dean tapi hasratnya itu tidak dapat dilakukan kerana masalah kewangan. 


Tori takut kalau dia buat permohonan cerai, nanti dia akan pokai. “Kedua mereka pernah buat perjanjian bahawa Tori adalah pencari nafkah utama dalam keluarga. Dean tidak akan bertolak ansur dalam soal penjagaan anak-anak dan jika Tori mahu bercerai, dia perlu membayar wang saraan anak-anak kelak," cerita rakan baik Spelling. Spelling berkahwin dengan McDermott, 47, selepas lelaki itu berpisah dengan isterinya, pelakon Kanada, Mary Jo Eustace. Manakala Spelling pula selepas bercerai dengan suami pertamanya, Charlie Shanian. “Sebelum berkahwin dengan Charlie, ibu bapa Tori nasihatkan dia agar membuat satu perjanjian dan selepas bercerai, kedua belah pihak tiada masalah.

 “Malangnya, selepas berkahwin dengan Dean, dia tidak membuat perjanjian tersebut kerana Tori tidak bercadang untuk berpisah dengan suaminya. Jika perjanjian itu dibuat, pasti Dean tidak berani berlaku curang di belakang isteri," tambah sahabat Spelling. Anak kepada penerbit televisyen Aaron Spelling yang kaya raya itu, sekarang ini dikatakan menghadapi masalah kewangan dan tanggungan hutang yang banyak. Sebab itu jugalah dia tidak boleh bercerai dengan McDermott.
Spelling tidak henti menangis bila mengenangkan perangai suami yang sanggup menduakannya dan memalukannya itu. Dalam pada itu McDermott, 47, sempat memohon maaf kerana kecurangannya sewaktu ditemu bual majalah People. “Saya benar-benar minta maaf atas kesalahan yang telah saya lakukan hingga menyebabkan keluarga bersedih. Saya akan bertanggungjawab sepenuhnya atas perbuatan saya ini. “Demi memulihkan keadaan saya sanggup memasuki pusat pemulihan dan saya tidak kesal memilih untuk memasuki pusat pemulihan kerana ia dapat membantu saya untuk menjadi suami dan ayah yang lebih baik kelak," katanya.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP