Loading...
Thursday, February 20, 2014

Philip Seymour Hoffman Waris Harta Pada Anak & Kekasih

PELAKON Philip Seymour Hoffman yang meninggal dunia awal bulan ini akibat pengambilan dadah berlebihan, telah mewariskan segala wang dan harta peninggalannya kepada anak lelaki dan bekas kekasihnya.
Menurut laporan media Amerika, wasiat itu telah dirangka dan dibuat sebelum kelahiran dua lagi anak perempuannya.
Hoffman dalam wasiatnya itu menamakan Mimi O'Donnell sebagai pewaris kesemua hartanya dan mewasiatkan juga agar dibentuk satu tabung amanah untuk anak lelakinya bersama Mimi yang bernama Cooper.
Hoffman bagaimanapun telah berpisah dengan Mimi Oktober tahun lalu tetapi tidak mengubah kandungan wasiatnya.
Dia juga meminta secara spesifik agar anaknya itu dibesarkan di New York, Chicago atau San Francisco, atau setidak-tidaknya melawati kesemua bandar-bandar yang disebutnya itu dua kali setahun agar Cooper didedahkan dengan "budaya, seni dan seni binanya."
Cooper, yang kini berusia 10 tahun, akan memperoleh separuh daripada tabung amanah tersebut sebaik sahaja dia berusia 25 tahun dan keseluruhan daripada tabung tersebut apabila mencecah 30 tahun.
Cooper tinggal bersama Mimi dan dua orang adik perempuannya, Tallulah, 7 dan Willa, 5, di Barat Manhattan, New York.
Hoffman, penerima Anugerah Oskar ditemui meninggal dunia di apartmennya pada 2 Februari lalu.
Pelakon itu yang sepatutnya datang menjemput anak-anaknya dari kediaman Mimi didapati tidak muncul-muncul sehingga mencetuskan rasa bimbang Mimi yang kemudiannya menghubungi seorang rakan mereka untuk pergi menjenguk keadaan Hoffman di rumahnya.
Mereka kemudian menemui Hoffman terlentang di dalam bilik mandinya dengan jarum yang digunakan untuk menyuntik dadah masih terlekat di lengan Hoffman.
Pelakon berbakat itu dikatakan berada dalam keadaan murung sejak berpisah dengan Mimi.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP