Loading...
Thursday, February 20, 2014

Rossa nak hiburkan setiausaha

Selepas konsert Malam Gala Cinta Tanpa Sempadan minggu lalu, Datuk Rossa sekali lagi diundang untuk membuat per­sembahan sempena Ming­gu Setia­usaha pada 9 April ini.
Sudah tidak asing dalam industri hiburan tanah air, penyanyi dengan nama sebenar Sri Rossa Roslaina Handiyani ini akan menghiburkan peminatnya di Hotel The Royale Chulan, Kota Damansara.
Bertemakan Atas Nama Cinta...A Tribute To Secretaries, jamuan makan tengah hari itu dimeriah­kan lagi de­ngan kehadiran pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-28, Hafiz Suip.

Ingin memberikan persembahan istimewa, pe­nyanyi terkenal Indonesia itu mahu lebih mendekati penonton.

ROSSA akan dendangkan kira-kira 12 lagu.

“Kalau di konsert besar, saya tidak dapat bermesra dengan penonton. Namun di majlis ini, penonton boleh bersalaman dan bergambar dengan saya,” katanya.

Persembahan selama satu jam setengah itu akan me­nyaksikan Rossa mendendangkan 12 lagu.

“Selain itu, ada persembahan mengejutkan menanti penonton dan disebabkan Minggu Setiausaha membabitkan wanita, saya akan fikir jenis persembahan sesuai untuk dibawa nanti,” kata­nya.

Sementara itu, Rossa menggangap jemputan me­nyanyi pada Minggu Setiausaha sebagai rezeki berikutan sudah lima tahun tidak membuat persembahan untuk program berkenaan.

Pengarah Jualan dan Pemasaran Hotel The Royale Chulan Damansara, Badrul Rezal Baharudin, berkata pemilihan Rossa untuk maj­lis jamuan tengah hari Ming­gu Setiausaha adalah atas permintaan ramai.

Jelas beliau, harga tiket bermula dari RM500 hingga RM1,500 berbaloi kerana Rossa dan Hafiz adalah artis terkenal, selain terdapat hadiah menarik seperti tiket penerbangan pergi-balik ke Amsterdam dan Jakarta tajaan KLM menanti tetamu.

“Terdapat permintaan daripada syarikat korporat supaya mengundang artis hebat untuk membuat per­sembahan pada Minggu Setiausaha dan kami yakin majlis ini akan berjaya,” katanya.


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP