Loading...
Tuesday, February 11, 2014

Spekulasi hubungan Katrina, Ranbir

SEBELUM ini mereka disahkan hangat bercinta biarpun kedua-duanya tidak pernah membuat pengakuan terbuka mengenai perkara itu.
Bagaimanapun, hubungan cinta antara pasangan pelakon muda, Katrina Kaif dan Ranbir Kapoor kini dikatakan sudah putus.
Media di India kini hangat dengan spekulasi tersebut selepas kedua-duanya baru-baru ini muncul secara berasingan di set penggambaran filem Jagga Jasoos di Mumbai, India.
Ujar sumber kepada IANS: "Katrina Kaif dan Ranbir Kapoor memang tidak pernah membuat pengakuan tentang percintaan mereka tetapi kisah percutian mereka sempena Tahun Baru 2014 di New York sebelum ini hangat diperkatakan.
"Namun baru-baru ini, ketika hadir di set penggambaran filem terbaharu terbitan Anurag Basu, Jagga Jasoos, mereka datang secara berasingan. Malah, mereka dilihat jelas menjarakkan diri antara satu sama lain."
Tambah sumber itu, hubungan Katrina dan Ranbir mula goyah apabila Ranbir dikatakan belum bersedia untuk memberikan komitmen sepenuhnya termasuk ke peringkat lebih serius seperti perkahwinan. Sebelum ini, ketika menghadiri parti meraikan kejayaan filem Dhoom 3, Katrina dan Ranbir juga datang secara berasingan.


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP