Loading...
Thursday, February 20, 2014

Nas Adila Mohon Petunjuk Pilih Calon Suami

Penyanyi Nas Adila yang sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan Datuk Jamal Abdillah akhirnya menyerahkan kepada Allah dengan melakukan solat sunat istikharah untuk memohon petunjuk memilih calon suami.
Nas Adila atau nama sebenarnya Nas Adila Mohd Dan, 28, berkata, pada usia berkenaan dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga jika bertemu jodoh dengan lelaki yang sesuai.
"Sebagai seorang perempuan saya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga jika bertemu dengan lelaki yang saya rasakan sesuai.
"Oleh itu, jika saya berkawan rapat dengan lelaki, sudah tentu saya mengharapkan untuk dia menjadi suami dan bukan hanya sekadar untuk suka-suka," katanya kepada mStar Online.
Alif AF6
Tambah Nas, dia sering melakukan solat istikharah untuk memohon agar diberikan petunjuk sama ada lelaki yang didekatinya itu sesuai atau tidak dijadikan teman hidup.
Dalam pada itu, Nas berkata, dia menilai seorang lelaki melalui akhlak yang ditonjolkan dan latar belakang keluarga terlebih dahulu.
"Jika saya rapat dengan seseorang lelaki selalunya saya akan buat sembahyang istikharah supaya diberi petunjuk.
"Alhamdulillah, setakat ini ia memang membantu saya agar tidak membuat keputusan yang salah," katanya.
Sementara itu, Nas mengakui tidak menaruh harapan untuk mengahwini Jamal sebagaimana kecoh diperkatakan sebelum ini.
Dia juga menganggap gosip tersebut sebagai lumrah kehidupan seorang artis.
"Saya tahu perkara sebenar yang terjadi antara hubungan saya dengan Datuk Jamal, namun biarlah saya berdiam diri sahaja bagi tidak mengeruhkan keadaan," katanya.

Dalam pada itu, Nas turut mengakui sedang berkawan rapat dengan penyanyi Alif (AF6).
Mereka juga bakal mengeluarkan single duet terbaharu dalam masa terdekat.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP